Tuesday, January 3, 2012

HAPPY BIRTDAY :D



hepy besday abg,semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...syg harap jugak agar hubungan kita baik2 je n bahagia...sory la xdek adiah la..hehe... 

ape2 pon,,syg selalu sayang abg...I LOVE U..n misz u always... :)

^abg_ayg ^

Tuesday, December 27, 2011

nak macam nie jugak (:

hye fwen blogger..rasenye da lame sangat x update blog..kadang2 rase malas jer nak gerakkan tangan nie nak menulis blog... anyway,saye kat sini nak share some video kat korang sume...lau ditakdirka allah,memang nak sanga la jadi macam orang dalam video 2,..ya allah...sweet sangatsangat wehhh.... (:




haaaa... amacam??sweetkan... untunglah sape yang dapat macam 2...hehehe...

Sunday, July 31, 2011

Cepatnyer masa,,,,

cepatnyer masa berlalu kan...tuptup da nak masuk bulan ramadan dah...esok jer nak puasa..so,esok pagi kite kena lah bagun sahur yee...jangan lupe pulak...sebulan kita menahan lapar dan dahaga...lepas 2 tiba syawal...x sabarnyee nak tunggu...(ish,pose pon belum lagi..da mimpi nak raye ekk)...Tp,,tahun nie ak xleyh nak beraye sakan lah,..ad0iiii....kena fokus kat SPM trial bulan sembilan nanti...aku pon x ready lagi weyhhh...TAKOT weyhh...bedebar rasenye jantung aku nie nak hadap paper...ish,cuak...aku pon banyak jer maen nye..bukan nak bace buku..study pown jarang..heeee....:'( harap boley la aku jawab..amin...apeape pown aku nak wish SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN yee...n jangan nak ponteng2 pulak... :)

╲╭━━━━╮╲╲╭━━━━━━━━╮
╲┃╭╮╭╮┃╲╲┃Selamat menyambut
┗┫┏━━┓┣┛╲╰┳Ramadhan ♥ Raya
╲┃╰━━╯┃━━━╯╰━━━━━━ ╯
╲╰┳━━┳╯╲╲╲╲╲╲╲╲╲
╲╲┛╲╲┗╲╲╲╲╲╲╲╲╲

Tuesday, July 26, 2011

bosan-bosan ,...

emm,bosan giler aku ary nie...tadi aku surf internet,pikir2 baju warne ape taon nie agak2 ye??aku teringin sangat nak buat baju kurung cotton..alaaa,,cotton polka dot 2...yang orang sekarang pakai...nak sangat buat baju 2...tp aku ngan wan da plan nak buat baju raye warna gold...oke x rase2??padan lakowt...hehehe..
nak tengok x contoh baju kurung yang aku nak 2??jom tengokk...













haa,,cantek kan???hihik..geram sangat aku tengok...eee...rambang kot mata... :)







SEKALI LAGI ,...


hari nie aku nak cite pasal filem SEKALI LAGI... emm,dengar pon macam best jee kan..
tp,memang best pon...aku juz bace sinopsis die jee...belum tengok sepenuhnye...nak taw camne cerita die???jom kite bace sesame eykk... :)

Sinopsis Sekali Lagi:- Selama ini, ARMAN percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan FARINA. Hubungan Arman dan Farina juga semakin bermasalah. Malah, dalam satu salah faham, Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkannya seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng.
Mujurlah, AMY, seorang kanak-kanak kecil yang berada di situ, memekik dengan kuat, dan sekaligus memaksa menyelamatkan Arman. Sungguhpun Amy hanya berusia 5 tahun, Arman dapati kanak-kanak itu amat pintar dan berdikari sekali, malah lebih pintar dan berdikari berbanding dirinya sendiri. Persahabatan terbentuk di antara mereka, dan Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Apabila Arman menyatakan rasa ragu-ragunya untuk meneruskan perkahwinan, Amy mencadangkan kepada Arman agar bertanya beberapa siri soalan kepada Farina dan juga ahli keluarganya....
Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman. Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu SHIELA, turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada HARIS, si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Ibu bapa Haris di kampung sudah bertemu calon isteri yang sesuai untuk Haris. Apabila wanita itu bertindak datang berjumpa Haris di Kuala Lumpur, Shiela tahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia membuat keputusan. Amy amat sukakan Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris. Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman....
haa,,itu lah die sinopsis SEKALI LAGI... best x??? :)


Saturday, May 14, 2011

9 SeBaB MeNGaPa HaTi TiDaK BaHaGia

Ada orang apabila tak ada duit, hidupnya berasa begitu sempit,

Ada orang apabila bergaduh dengan isteri atau suami, hidupnya menjadi begitu tertekan.

Ada orang apabila kerja nya bertimbun, hidupnya jadi kusut tak senang duduk.

Pendek kata, ada banyak sebab mengapa manusia tidak dapat hidup dengan tenang bahagia.

Bagaimana dengan anda? 

Adakah anda berasa bahagia dengan kehidupan anda?

Adakah anda berasa tenang dengan hidup anda sekarang? 

Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 9 sebab mengapa hati kita tidak merasa bahagia.

Mari kita periksa sama-sama, apakah sebab-sebab itu.

Dan adakah kesemua sebab-sebab itu ada pada diri kita?

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

1. Pemarah
Orang yang ada sifat pemarah dalam dirinya, pasti sukar berasa tenang tenteram. Sikit punya hal dah nak marah. Ada masalah sikit dah nak mengamuk. Tenangkah begitu? Bolehkah merasa bahagia jika begitu? Orang seperti ini juga sukar untuk mendapat kawan. 

2. Pendendam
Orang yang ada sifat ini, pastinya hati dia tidak akan pernah tenteram. Selagi dia tidak dapat membalas dendam, hatinya tidak pernah tenang. Mana mungkin orang yang ada menyimpan perasaan dendam boleh tenteram! Sifat pendendam ini ibarat lahar yang tersembunyi di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam dan memuaskan hatinya. Hatta dalam perkara yang kecil-kecil pun dia nak berdendam dan mahu membalasnya. Kalau orang sakitkan hati dia, dia mahu sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Jika begitu lah sikapnya, mampukah orang yang pendendam ini merasa bahagia? Apa kesudahannya?

3. Hasad dengki
Ni lagi satu sifat yang jika ada dalam diri kita pasti membuatkan diri kita tak tenang dan tak bahagia. Nak tenang macammana, sikit-sikit nak berdengki. Orang beli kereta baru kita dengki. Orang dapat naik pangkat kita sakit hati. Orang bergaya sikit, kita cemburu dengki. Pendek kata, orang tak boleh lebih dari dia. Kalau lebih, maka sakit hati dan dengki lah dia. Jika begitu, bolehkah orang seperti ini hidup dengan bahagia?  

4. Bakhil
Sifat kedekut tahi hidung masin pun adalah sifat yang tak akan membuatkan hati kita berasa tenang bahagia. Orang kedekut ni sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Orang bakhil sentiasa berdalih mengatakan dia tiada duit, dia ada masalah lah dan sebagainya semata-mata tak nak beri derma apabila diminta. 

5. Tamak
Orang yang tamak tidak pernah dan tidak akan puas dengan apa yang dimilikinya. Ada duit RM10 dia nak RM100. Dapat RM100, dia nak RM1000. Dapat RM1,000 dia nak RM10,000. Pendek kata, dia tak pernah bersyukur apa yang dia dapat. Jika begitu, dapatkah dia merasa bahagia dengan hidupnya?

6. Tidak sabar
Orang yang tidak sabar, kena ujian kecil pun dia dah merasa tertekan. Kena kutuk sikit, dah nak mengamuk. Susah sikit dan nak komplen. Apatah lagi jika dia diuji dengan perkara-perkara besar. Lagilah tidak tenteram dan tertekan dia. Malah boleh jadi gila dibuatnya. Jadi, orang yang ada sifat tidak sabar ini, boleh tenang bahagiakah dia??

7. Ego
Orang yang memiliki sifat ini pantang rasa dirinya tercabar. Egonya tinggi. Dia pantang dikritik. Dia pantang ditegur, walaupun telah terbukti kesalahannya, dia tak mahu mengaku. Dia tetap sombong diri, angkuh dan ego. Orang lain semua tak betul, semua tak bagus, sebaliknya dialah yang paling sempurna dan betul semuanya. Orang macam ini, mana mungkin dapat merasa bahagia, apatah lagi apabila ada orang cuba mengatasi dirinya.

8. Riak
Riak adalah sifat yang suka menunjuk-nunjuk. Orang yang ada sifat ini, kalau buat kerja tak pernah ikhlas. Orang seperti ini sebenarnya hanyalah pelakon handalan yang mahu disanjung orang. Kalau orang puji dia, maka seronoklah dia. Tapi kalau tidak, hati dia menjadi begitu terseksa. Hati dia sebenarnya sentiasa tertekan kerana dia sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji atau tidak dipuji dia kecewa sakit hati.  

9. Cinta Dunia
Orang yang cinta dunia juga sebenarnya tidak merasa bahagia. Kerana apa? Kerana dia sentiasa berasa takut untuk kehilangan harta dunianya. Dia begitu takut mati meninggalkan harta yang dimiliki. Dia tidak akan merasa puas dengan hartanya. Apa yang difikirkannya hanyalah untuk mencari harta dan menambah kekayaan. Dia ingat bila dapat harta, hati nya akan puas. Dia ingat bila kekayaan bertimbun, dia akan bahagia. Tapi rupanya tidak, kebahagiaan dan ketenangan bukan pada harta kekayaan letaknya. Tapi tenang dan bahagia itu, terletak pada hati yang mensyukuri.

Kesimpulan 

Jadi, yang menyebabkan kita berasa tidak bahagia sebenarnya bukanlah disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan atau sebagainya, tetapi sifat mazmummah dan sifat buruk pada hati kitalah yang menyebabkan kita tidak merasa tenang bahagia.

Makin banyak sifat mazmummah seseorang, maka makin dia tidak merasa bahagia. 

Marilah kita sama-sama berusaha dan bermuhajadah untuk membuang semua sifat yang tidak baik seperti yang diterangkan diatas. 

Berusahalah untuk buang semua 9 sifat mazmummah itu agar kita dapat hidup tenang aman bahagia sentiasa.

InsyaAllah...

Perempuan memang begini :)

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya... Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu... Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku... Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat... Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda... Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda... Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.... Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.... Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat... Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.   Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2.......